HULU SELANGOR: Adun Kuala Kubu Baharu yang baru dipilih Pang Sock Tao berjanji menjadi wakil rakyat untuk semua tanpa mengira latar belakang, agama, kaum dan politik.
Pang juga berjanji meneruskan legasi ditinggalkan penyandang, Lee Kee Hiong untuk membangunkan Kuala Kubu Baharu termasuk isu melibatkan infrastruktur.
“Saya adalah wakil rakyat penduduk di Kuala Kubu Baharu tidak kira bangsa, agama dan latar belakang politik.
“Perkara yang saya akan lakukan pada hari pertama berkhidmat sebagai wakil rakyat adalah mendengar dan menyelesaikan masalah mendesak daripada penduduk,” katanya dalam sidang media selepas diumumkan pemenang PRK itu.
Pang berjaya mengekalkan penguasaan Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP di Kuala Kubu Baharu apabila menang dengan majoriti 3,869 selepas mendapat 14,000 undi.
Pencabarnya Khairul Azhari Saut daripada Perikatan Nasional…