Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

“Sayang Bini Bukan Takut Bini”

today9 August 2021

Background


Menerusi video yang dimuat naik oleh @faezzmubin, kelihatan dia sedang menyidai pakaian di rumahnya.

Isteri lelaki berkenaan kemudian memberitahu kepadanya mengenai salah satu komen warganet yang sengaja mencari pasal berkata lelaki itu takut bini. Dia kemudian spontan membalas komen tersebut dan sempat memberikan ayat pedas buatnya. 

“Aku sayang bini sebab tu aku tolong bini aku jemur baju. Sebab tu ramai orang sekarang ni, dia salah paham tau. Lagi-lagi orang lelaki”

“Dia ingat bila dah kahwin, ni kerja rumah kerja apa semua bini kena buat. Diorang silap, sebenarnya kerja rumah ni kerja orang lelaki, bukan kerja bini”

“Kerja bini layan suami. Korang orang lelaki belum kahwim, kena tau benda ni tau. Bukan kerja bini korang, dengar? Yang komen tu pulak, kau ada bini ke takda bini?” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post