Hot FM

SDG paksi tangani isu pembangunan tidak lestari, kata PM



Ismail Sabri Yaakob berucap pada majlis pelancaran Yayasan Dana Amanah SDG Malaysia (MySDG) hari ini.

PUTRAJAYA: Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) adalah paksi penting dalam semua perancangan dan dasar bagi menangani isu pembangunan tidak lestari sehingga merosakkan alam sekitar, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Berucap pada majlis pelancaran Yayasan Dana Amanah SDG Malaysia (MySDG) di sini hari ini, Ismail berkata, ia juga bagi mengelak tragedi bencana alam di negara ini seperti banjir yang melanda baru-baru ini berulang pada masa hadapan.

“Sekiranya kita mengabaikan keseimbangan ini, padah yang terpaksa ditanggung sangat tinggi sepertimana yang kita lalui baru-baru ini, ataupun mungkin lebih teruk lagi. Ia melangkaui apa yang boleh diukur dari segi kewangan,” katanya.

Beliau berkata, banjir itu dapat dijadikan iktibar oleh semua pihak supaya dapat mengimbangi antara pembangunan dan kepentingan melindungi serta memulihara alam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version