Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang bersedia untuk melakukan aksi terjunnya ke dalam tasik itu.
Malah, dia melakukan aksi terjunan itu beberapa kali sambil dilihat beberapa orang pengunjung yang berada di situ. Situasi itu membuatkan ramai terkejut melihat aksinya itu. Difahamkan, lelaki itu adalah warga Arab dan bukan warganegara Malaysia.
Menurut sumber, kejadian itu ternyata mendapat perhatian Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Pihak mereka juga sedang menyiasat individu di dalam video tersebut.
Lihat video sambungan itu di bawah: