Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sebat kesalahan khalwat di khalayak pilihan penguasa semata, jelas mufti

today28 December 2024

Background


asri
Mufti Perlis Asri Zainul Abidin kata tiada penetapan syarak menyuruh pelaku disebat di khalayak ramai bagi kes khalwat.

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Asri Zainul Abidin, berkata menyebat kesalahan khalwat di khalayak ramai hanyalah pilihan penguasa semata, bukan hukum Allah dan rasul.

Menurut beliau, ia di bawah takzir yang merupakan ijtihad pemerintah ‘yang mungkin salah dan betul’.

“Maka, membantah hukuman itu hanyalah membantah keputusan pemerintah, bukan membantah ajaran Islam,” katanya di Facebook.

Asri menjelaskan bahawa bagi kes khalwat, tiada penetapan syarak menyuruh pelaku disebat di khalayak ramai.

Bahkan, katanya, menyebat kes seperti itu di khalayak ramai dibimbangi bercanggahan dengan kehendak syarak yang menyuruh menutup keaiban peribadi individu.

Pada Jumaat, seorang lelaki menjadi individu pertama disebat di khalayak atas kesalahan khalwat apabila menjalani hukuman itu di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Seramai 90 individu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post