Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Sebelum Dikecam Lebih Teruk, Janna Nick Akhirnya Buka Mulut…

today3 October 2018

Background

Pelakon, Janna Nick menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara mengenakan caj RM50 untuk perkhidmatan ucapan ulang tahun kelahiran.

Namun, tiada siapa yang tahu apakah alasan sebenarnya dia berbuat demikian, malah ada yang menganggap Janna seorang yang materialistik dan mahu mengambil kesempatan terhadap peminat.

Selepas pelbagai kritikan negatif, akhirnya Janna membuka mulut memberitahu bahawa bayaran tersebut bertujuan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Menurut Janna lagi, semua wang hasil perkhidmatan yang ditawarkan akan dimasukkan ke tabung Wish for Their Hope sebelum diagihkan kepada rumah kebajikan, anak yatim, orang miskin dan juga gelandangan.

Wah, mulianya hati Janna! Orang ramai tidak sepatutnya membuat spekulasi melulu tanpa berfikir dan mengetahui perkara yang sebenar.

Sementara itu, Janna juga mendedahkan sebenarnya rakan artis seperti Mawar Rashid dan Sharifah Sakinah merupakan individu yang membantunya tular menerusi parodi mereka.

Ketika ini, Janna sudah berjaya mengumpul lebih RM2,000 hasil daripada perkhidmatan ucapan tersebut dan permintaan peminat tetap akan dipenuhi mengikut giliran, bagi menambah dana untuk tabung kebajikan tersebut.

Apa-apa pun, didoakan semoga Janna Nick terus berjaya dalam hidup dan dapat kembangkan lagi kariernya dalam industri tanah air!

Written by: Jay


Previous post