Menerusi posting tersebut, seorang perawat islam yang juga ustaz berkongsi pengalaman semasa dia merawat salah seorang pesakitnya yang dikatakan telah menerima gangguan dari sebuah patung beruang.
Malah, dia juga mendakwa patung berkenaan telah menyebabkan seorang gadis telah mengalami kerasukan.
“Saya membawa patung ini turun ke bawah, serta merta pesakit ini merayu, jangan apa-apakan dia. Itu tempat aku. Aku dah lama duduk disitu. Aku temankan dia. Aku kawan dengan dia”
“Dengan lantang saya berkata, berpindahlah kamu wahai makhluk Allah! Sebelum patung ini dimusnahkan!”
“Ruqyah terus dibacakan pada pesakit selama 20 minit dan dengan izin Allah pesakit sedar dalam keadaan yang lemah. Saya meminta izin pada pesakit dan keluarga untuk musnahkan patung ini dan mereka membenarkannya,” tulisnya.
Dia juga sempat memberikan nasihat agar tidak menyimpan patung sebagai perhiasan di dalam rumah serta berharap agar perkongsiannya dapat dijadikan iktibar buat semua…