
PETALING JAYA: Rafizi Ramli bersedia membawa perubahan ketara kepada ekonomi negara kerana sudah mendapat gambaran mencukupi bagi memikul tanggungjawabnya dengan lebih efisien selepas sebulan menjadi menteri hal ehwal ekonomi.
Katanya, tempoh sebulan itu digunakannya untuk berjumpa dan berbincang dengan pemegang taruh utama ekonomi negara, termasuk pembuat dasar, pelaksana, sektor swasta dan pemegang taruh lain.
Beliau berkata, terdapat idea dan pendekatan baharu yang dirasai dapat memberi nilai pulangan lebih baik bagi semua wang rakyat yang dibelanjakan kerajaan.
“Masa sebulan telah memberi saya gambaran mencukupi untuk berlari dengan lebih pantas mulai Januari ini. Ada yang kesannya dapat dirasai segera, ada yang hasilnya hanya dapat dituai dalam setahun, dua tahun dan tahun-tahun akan…