Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sebutan Kes Drama Membabitkan A Aida, Idris Khan & Amelia Henderson Naik Mahkamah November Ini

today26 September 2022

Background

Pelakon terkenal, Idris Khan dan Amelia Henderson bakal dihadapkan ke mahkamah bagi sebutan kes membabitkan penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali terbitan A Aida Production.

Idris memberitahu dia sebenarnya terbuka untuk berbincang dengan penerbit iaitu Datuk A Aida secara baik, tetapi pihak penerbit mahu membawa perkara itu ke mahkamah.

“Dia dah dedahkan kepada masyarakat, jadi kami kenalah pertahankan hak di mahkamah,” katanya.

Disoal mengenai hubungannya dengan Datuk A Aida, Idris berkata ia tetap berjalan seperti biasa.

“Saya okey saja dan kami tak bermusuh pun. Saya bukan jenis cari pasal. Kalau orang buat saya, takkan nak duduk diam? Nak pula dia buat secara terbuka. Alhamdulillah, apa yang berlaku tidak mempengaruhi penggiat industri hiburan yang tetap menyokong saya.

“Semua peringkat menyokong saya. Mereka kenal saya lebih dari apa yang dicanangkan. Saya tak fikir nak bergaduh dan senang buat kerja sendiri. Namun apa yang datang kenalah tempuh,” katanya.

Terdahulu, A Aida memfailkan saman terhadap Idris dan Amelia kerana didakwa melanggar kontrak penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang kini sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam .

Sekali Lagi Cinta Kembali yang bersiaran sejak 13 September lalu menampilkan Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim, Zaki Azeman, Syamim Farid dan ramai lagi.

Sumber: Harian Metro

Written by: Salma


Previous post