Hot FM

Sebutan semula kes Muhyiddin menghasut 15 Jan


Muhyiddin Yassin
Pada 27 Ogos lalu, Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut dalam ceramah pada kempen PRK Nenggiri. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Gua Musang menetapkan kes terhadap bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan perkataan menghasut di Felda Perasu, Ogos lalu disebut semula pada 15 Jan depan.

Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam Muhyiddin memohon kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Muhyiddin diwakili barisan enam peguam diketuai Amer Hamzah Arshad manakala pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Amer Hamzah berkata pihaknya memohon kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi kerana ia melibatkan undang-undang yang penting termasuk isu pelantikan perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Kes ini kami akan bahagikan beberapa isu undang-undang penting sama ada Seksyen 3 dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version