
KUALA SELANGOR: Mahkamah Sesyen menetapkan 11 Julai ini bagi sebutan semula kes membabitkan suami isteri yang disyaki membekalkan senjata api kepada warga Israel.
Kedua-dua tertuduh Sharifah Faraha Syed Husin, 41, dan Abdul Azim Mohd Yasin, 43, masing-masing tiba di mahkamah pada 9.30 pagi dan 9.50 pagi.
Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik pada prosiding hari ini memaklumkan pihaknya masih dalam proses menyiapkan sebahagian dokumen untuk diserahkan kepada pihak pembelaan.
Fazeedah berkata, pihaknya menerima representasi daripada pembelaan mewakili Sharifah Faraha pada 2 Jun lalu dan sedang diteliti bagi tindakan lanjut.
Pada prosiding itu, peguam Mohamad Isa Mohamad Basir mewakili Sharifah Faraha turut mengemukakan dua permohonan supaya anak guamnya dibenarkan untuk mendapatkan pemeriksaan di pusat kesihatan luar penjara dan memohon warden tidak memberikan maklumat…