KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 18 Dis untuk sebutan semula kes pemandu wanita berdepan tuduhan cubaan membunuh sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun bulan lepas.
Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim yang memaklumkan mahkamah, laporan penuh psikiatri Norizan Ismail, 49, belum diterima kerana masih menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Johor Bahru.
Terdahulu, suri rumah dan ibu tiga anak itu diperintah menjalani pemeriksaan mental berikutan pertuduhan pertama terhadapnya mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan pada 15 Okt lepas.
Norizan didakwa melakukan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Ammar Danish…