
PETALING JAYA: Walaupun sudah 10 tahun sejak 100 pemberontak sulu melakukan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah, namun kesan tindakan ganas masih meninggalkan parut mendalam.
Walaupun kebanyakan pemberontak berkenaan terbunuh dalam pertempuran berdarah selama dua bulan dengan pasukan keselamatan negara, ribuan pendatang dari selatan Filipina, yang menganggap Sabah sebagai rumah mereka pula menderita, susulan pencerobohan itu.
“Stigma menyelubungi tuntutan Filipina terhadap Sabah kekal. Ia sentiasa menjadi isu bagi rakyat Sabah kerana mengancam kedaulatan negeri,” kata aktivis dan bekas senator, Adrian Lasimbang.
Beliau yang juga presiden Pertubuhan Suara Anak Sabah, berkata sentimen umum di Sabah tidak mengalu-alukan kedatangan pendatang Filipina, walaupun kemasukan mereka ke negeri itu bermula…