
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen DAP mencadangkan RM300 yang ditawarkan PAS kepada rakannya, Teresa Kok bagi mengupah penterjemah susulan isu pensijilan halal, “disedekahkan” kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng meminta Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyumbang wang itu kepada Mastura yang lebih memerlukannya berbanding Kok.
“Saya cadangkan sumbangan ini disedekahkan kepada Mastura bagi membolehkan beliau mengupah penyelidik menjalankan kajian politik teliti sebelum menyampaikan ucapannya, khususnya isu mengenai DAP,” katanya dalam kenyataan.
Baru-baru ini, Kok menyalahkan ChatGPT atas kesilapan terjemahan kenyataannya berhubung cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi semua premis makanan tidak menjual daging babi…