Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sedia Bergelar Isteri, Zara Zya Bagi Hint Tamatkan Status Single Tahun Ini?

today22 February 2023

Background

Sebelum ini pelakon Zara Zya mengaku dia kini sedang bahagia bersama seseorang yang juga berstatus bujang.

Namun, dia enggan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

“Adalah, Insya-Allah, tapi kalau ada tarikhnya, kita akan beritahu. Insya-Allah.

“Orang dalam industri atau bukan? No comment. Ini bahaya dan pastinya dia bukan milik orang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Dalam Proses Kenal Hati Budi Seseorang, Zara Zya Mengaku Sedang Bahagia

Memetik laporan Gempak, pelakon popular drama Love You Mr Arrogant ini juga tidak menafikan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

“Saya sekarang dah nak menginjak usia 40 tahun dan perkahwinan ini kita sendiri perlu tanya diri sama ada sudah bersedia atau tidak?

“Insya-Allah, saya sudah bersedia untuk bergelar isteri tahun ini. Doa-doakanlah,” jelasnya.

Sementara itu, Zara juga menjawab tentang status hubungannya bersama Shuib yang dikatakan hanya sekadar ‘marketing’ semata-mata.

“Hubungan saya dengan Shuib memang untuk marketing produk minuman pada ketika itu dan sebagai kawan saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Shuib.

“Semoga hubungannya dengan siapa pun yang menjadi pilihannya kekal hingga ke akhir hayat,” kongsinya.

Selain Datuk Alha Alfa, Zara juga turut dikaitkan dengan pelakon Niezam Zaidi selepas kedua-duanya kelihatan mesra baik dalam lakonan mahupun sosial media.

ARTIKEL BERKAITAN:Penampilan Niezam Zaidi Buat Peminat Cair Tapi Foto Bersama Zara Zya Pula Jadi Tumpuan – “Macam Sepadan Pulak”

ARTIKEL BERKAITAN:Zara Zya Mengaku ‘Cucuk’ Muka & Bibir Bersebab…

Sumber: Gempak

Written by: Salma