Hot FM

Sedia dana, inisiatif bantu usahawan terjejas banjir, kata Wanita Umno



Ketua Wanita Umno, Noraini Ahmad berkata, dengan adanya bantuan kewangan ia dapat menyokong perniagaan dan usahawan tempatan untuk pulih dan bangkit semula selepas terjejas akibat banjir.

PETALING JAYA: Wanita Umno menggesa kerajaan memberi perhatian serius kepada usahawan terutamanya golongan wanita yang terkesan akibat bencana banjir.

Ketuanya, Noraini Ahmad mencadangkan kerajaan memperuntukkan dana dalam bentuk pemberian geran kepada usahawan untuk membina semula perniagaan mereka.

“Selain daripada itu, Wanita Umno juga mencadangkan kerajaan memperkenalkan skim pembiayaan pinjaman tanpa faedah dengan moratorium selama 12 bulan.

“Wanita Umno yakin, dengan adanya bantuan-bantuan kewangan seperti ini, ianya dapat menyokong perniagaan dan usahawan tempatan untuk pulih dan bangkit semula,” katanya dalam kenyataan.

Noraini berkata, pihaknya telah menggerakkan jentera untuk mengumpulkan usahawan wanita yang terkesan akibat banjir dan akan memastikan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version