Hot FM

Sediakan khidmat terbaik untuk pelanggan, MYAirline diberitahu



MYAirline, yang menjanjikan tambang ultra rendah, merancang menambah sehingga 50 pesawat dalam tempoh lima tahun. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: MYAirline, syarikat penerbangan baharu yang masih belum beroperasi, perlu memberi tumpuan kepada keperluan pelanggan bagi membolehkan mereka menguasai pengangkutan udara.

Pakar dan pihak berkepentingan dalam syarikat itu memberitahu FMT Business, keselamatan dan kesejahteraan penumpang juga harus berada dalam senarai keutamaan.

Presiden Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Ajit Johl, berkata cabaran bagi syarikat penerbangan tambang rendah ialah sentiasa memastikan keperluan pelanggan mereka tidak diketepikan.

Beliau berkata, kegagalan berbuat demikian menyebabkan pelanggan mereka tidak berpuas hati.

“Syarikat penerbangan baharu itu mesti belajar daripada kesilapan syarikat penerbangan tambang rendah yang sedia ada. Mereka tidak boleh keliru antara ‘kos rendah’ dengan ‘murah’,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version