Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sediakan tabung ‘tip’, naik caj perkhidmatan tak wajar, kata persatuan jelang CNY

today22 January 2025

Background


chinese restaurant
Cassa bimbang caj perkhidmatan akan naik pada perayaan lain susulan laporan ada peniaga akan menaikkan caj sehingga 15% pada hari cuti Tahun Baharu Cina. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Persatuan pengguna mencadangkan restoran yang ingin beri ganjaran kepada kakitangan yang bekerja pada hari cuti Tahun Baharu Cina supaya sediakan tabung ‘tip’, berbanding menaikkan caj perkhidmatan.

Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam Selangor berpandangan kenaikan caj perkhidmatan tersebut tidak wajar, memandangkan pengguna membayar caj lain yang ditetapkan kerajaan.

“Dia boleh letak tabung ‘tip’, jadi orang boleh letak RM5, RM10 kerana orang Malaysia ini berperikemanusiaan dari segi memberi, mereka akan bagi,” kata presidennya, Jacob George.

Beliau juga bimbang perkembangan ini akan menetapkan suatu duluan pada masa akan datang.

“Esok jika kita ada perayaan lain siapa yang nak hentikan pengusaha yang menggunakan taktik yang sama? Ini tidak boleh dibiarkan,” katanya.

Beliau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anne Muhammad


Previous post