Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Sedih Cinta Dipermainkan, Pemuda Ini Pasrah Kekasih Tiba-Tiba Bertunang Dengan Orang Lain

today9 February 2022

Background


Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @terlalucomplicated dengan kapsyen “hebat permainan dia, semalam keluar elok-elok, harini dah jadi tunang orang lain, manusia memang takda hati macam ni gamaknya,” kelihatan dia berkongsi perbualan bersama kekasihnya itu melalui aplikasi WhatsApp.

Gadis itu pada mulanya memberitahu dia ada kenduri kawan yang perlu dihadiri, namun dia sempat berseloroh kononnya itu merupakan kenduri dia sendiri.

Tanpa disangka-sangka, pemuda itu mendapat tahu pada hari kejadian rupa-rupanya memang kekasihnya itu mengikat tali pertunangan bersama lelaki lain.

Dia yang terkejut pantas menghantar mesej kepada gadis itu dan bertanya mengapa dia dicurangi seperti itu dan kecewa kerana kekasihnya tidak jujur dalam hubungan mereka. Gadis tersebut hanya mampu meminta maaf.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post