Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Segan Kena Sakat Dengan Kawan, Gelagat Imran Aqil Kejut Tunang Solat Subuh Curi Tumpuan

today28 August 2023

Background

Pelakon Imran Aqil sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas tular videonya mengejutkan tunangnya, Dahlia Rizal untuk solat Subuh.

Menerusi video yang tular di TikTok, Imran juga kelihatan segan apabila disakat oleh rakan-rakannya ketika menghubungi tunangnya itu.

“Bangun subuh sayang. Jangan lupa doakan kita,” katanya.

Geli hati dengan gelagat pelakon itu, rakannya sempat mengusiknya seakan-akan loya mendengar perbualan mereka bersama.

“Roommate tak kejut!,” usik rakannya.

@ammxrhxlm_ amboiii kemain loya member dia yang sorang tu hahahaha ?? #imranaqil #dahliarizal #imranxdahlia #imran4dahlia #fyp #fypã‚· #foryoupage ♬ original sound – Rusa Music

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terhibur melihat Imran disakat rakannya.

 

Written by: Salma