Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Segera daftar perkahwinan selepas nikah di selatan Thai, nasihat konsul jeneral

today7 August 2022

Background



Pasangan berhasrat berkahwin di selatan Thailand perlu mematuhi prosedur ditetapkan Majlis Agama Islam negeri masing-masing, kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid.

PHUKET: Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan mereka apabila kembali ke tanah air.

Beliau berkata, pendaftaran perlu dilakukan bagi mengelak berlaku masalah pada masa akan datang.

“Mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di Thailand perlu membuat perancangan supaya perkahwinan itu sah dari segi undang-undang,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Mahabbah 2022 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Turut berkenan berangkat ke program itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs dan anakanda baginda Syed…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post