Hot FM

Segera laksana subsidi bersasar bendung penyeludupan diesel, kerajaan digesa


Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata melaksanakan subsidi bersasar akan dapat membendung aktiviti penyelewengan dan penyeludupan diesel. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan digesa segera melaksanakan subsidi bersasar untuk diesel bagi membendung penyelewengan dan penyeludupan bahan bakar tersebut.

Selain itu, CEO Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Saravanan Thambirajah berkata langkah itu juga dapat memastikan manfaat tersebut hanya dapat dinikmati golongan yang paling memerlukan.

“Pendekatan ini menghapuskan subsidi universal yang, tanpa disedari, telah memberi faedah kepada penyeludup,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas laporan yang memetik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebagai berkata bahawa peningkatan kes penyeludupan dijangka berlaku tahun ini.

Ketua pengarahnya, Zubir Hamsa, pada bulan lalu berkata sehingga 27 Mac, terdapat 324 kes penyeludupan yang melibatkan 3.2 juta liter diesel. Nilai diesel yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version