Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia berkata langkah itu bagi mengelakkan berlakunya lambakan penagih dadah ‘ekspres’ baharu.

KUALA LUMPUR: Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) menyeru kerajaan segera menggazetkan ketum sebagai sejenis dadah di bawah jadual Akta Dadah Berbahaya (ADB) sebelum hujung tahun ini.
Setiausaha Agung MASAC Raja Azizan Suhaimi berkata langkah drastik menangani gejala ketagihan air ketum tersebut adalah bagi mengelakkan berlakunya lambakan penagih dadah ‘ekspres’ baharu yang lahir daripada pengambilan bahan itu yang kini semakin menular dalam kalangan masyarakat.
“Telah sampai waktunya permasalahan pengambilan ketum ini tidak dilihat enteng oleh semua pihak kerana ia ibarat api dalam sekam yang akan ‘membakar negara’ dari dalam secara diam-diam dan amat perlu ketum ini digazetkan sebagai sejenis…
