
PETALING JAYA: PAS berkata, jika peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang dapat direalisasikan dalam masa terdekat, ia membuktikan kerajaan menghargai pilihan rakyat.
Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia juga akan mencerminkan apa yang dijanjikan melalui perjuangan reformasi.
“Ia sebahagian daripada perjuangan reformasi diwar-warkan sebelum ini, ia akan mencerminkan pelaksanaan apa yang dijanjikan sebelum ini sekali gus menyuburkan demokrasi.
“Kita juga berupaya menjadi pembangkang konstruktif dalam sistem Parlimen. Pembangkang adalah pilihan rakyat dan kerajaan seharusnya menghargai pilihan rakyat dengan menyalurkan peruntukan bagi setiap wakil rakyat.
“Dengan itu, wakil rakyat dapat melaksanakan fungsinya sebagai semak dan imbang dan kerana itu semua peruntukan dalam belanjawan dibahas dan disokong sehingga ia…