
PETALING JAYA: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengurangkan denda dikenakan terhadap Selangor FC kepada RM60,000, sehari selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan rasa murka dan kecewa dengan hukuman asal.
Dalam kenyataan, MFL turut mengumumkan pemotongan tiga mata bagi aksi Liga Super musim ini dibatalkan manakala penonton turut dibenarkan hadir menyaksikan perlawanan membabitkan Selangor FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
“Pertimbangan semula ini dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah,” katanya MFL dalam satu kenyataan.
Semalam, Sultan Sharafuddin murka dengan hukuman tidak masuk akal dikenakan terhadap Selangor FC kerana tidak hadir aksi Piala Sumbangsih menentang JDT di Stadium Sultan…