Pearly Tan-M. Thinaah menjadi wakil kedua negara mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2025 selepas berjaya menundukkan pasangan adik beradik dari Bulgaria, Stefani Stoeva-Gabriela Stoeva dalam aksi ‘straight set’.
Kejayaan manis dilakarkan itu juga merupakan sejarah baharu buat sektor beregu wanita negara kerana tiada pasangan Malaysia pernah mara ke separuh akhir kejohanan berprestij itu.

