
BAKRI: Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengakui orang Melayu masih dihantui dan “takut” dengan sekutu Pakatan Harapan (PH), iaitu DAP, namun masalah itu boleh diatasi jika diberi masa dan dengan menggunakan pendekatan dan strategi betul.
Katanya, DAP kini seolah-olah menjadi “momok” kepada orang Melayu selepas diburukkan oleh parti tertentu sehingga masyarakat itu takut kepada pembangkang.
“Kita mesti jelaskan kepada rakyat tentang DAP ini. Ia bukan ancaman kepada orang Melayu, bukan ancaman kepada Islam.
“Kita kena sabar dan ambil masa. Dengan adanya penerangan, kempen serta pendekatan politik yang kita laksanakan, satu hari nanti orang Melayu boleh terima DAP,” katanya dalam wawancara bersama FMT.
Ahli Parlimen Pulai itu berkata, untuk orang…