Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sekadar Teman, Iqie Insomniacks Beri Penjelasan Hubungan Dengan Angel Dolla

today9 July 2025

Background

Vokalis Insomniacks, Iqie menafikan dirinya menjalinkan hubungan dengan salah seorang anggota kumpulan Dolla, iaitu Angel.

Ketika ditemui XTRA, Iqie atau nama lengkapnya, Syed Mir Iqbal, 28, menjelaskan dia dan Dolla sudah berkawan rapat sejak dari zaman belajar.

“Saya dan Angel memang berkawan sejak daripada zaman kolej dan sampai sekarang kami masih berkwan rapat.

“Saya berharap dia datang ke konsert kami nanti,” katanya meleraikan spekulasi ketika ditemui di sesi latihan eksklusif konsert solo pertama Insomniacks di ibu kota pada Selasa.

Pelantun lagu popular Reminisensi itu turut mengakui tidak terlalu memikirkan soal cinta, sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.

“Semua hubungan dengan kawan-kawan saya adalah istimewa, bercinta itu tdak betul. Saya tiada masa nak cari ‘awek’, sangat sibuk,” katanya.

Dalam pada itu, salah seorang anggota Insomniacks iaitu Iskandar turut mengesahkan hubungan Iqie dan Angel sekadar teman biasa.

“Hubungan merea sekadar kawan biasa saja. Saya sebagai kawan boleh sahkan,” katanya.

Terdahulu, kemesraan antara Iqie dan Angel hangat menjadi perbualan ramai dalam kalangan peminat mereka selepas dilihat saling membalas komen di media sosial.

Written by: Aqilah


Previous post