
PETALING JAYA: Menteri besar Terengganu yang baru dilantik semula, Ahmad Samsuri Mokhtar mahu terus ke “gear tiga” dalam menerajui negeri itu bagi penggal kedua.
Samsuri, yang pertama kali dilantik sebagai menteri besar pada 2018, dilantik semula mengetuai kerajaan negeri selepas Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih kesemua 32 kerusi DUN Terengganu pada PRN Sabtu lepas.
Menyatakan bahawa beliau menghabiskan penggal pertamanya membina semula struktur kerajaan negeri, yang diwarisi daripada Barisan Nasional (PN) selepas PRU14, Samsuri berkata beliau mahu penggal kedua beliau ditandai dengan pelaksanaan dasar yang “lebih agresif dan pantas”.
“(Kerajaan negeri ini) penerusan daripada lima tahun lalu. Kerja di hadapan makin banyak dengan cabaran yang pelbagai,” katanya pada sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai…
