Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Chelsea kini sedang dalam proses akhir untuk memilih pembida bagi menjadi pembeli kelab tersebut.
Antaranya adalah Kumpulan Todd Boehly dari Amerika Syarikat yang akan menjadi salah sebuah firma yang bakal bersaing untuk menjadi pemilik baharu Chelsea.
Bank yang mengendalikan penjualan tersebut iaitu Raine, kini sedang menunju ke minggu terakhir tarikh akhir. Dan segalanya dilakukan dengan penuh debaran.
Ada beberapa pembida menyatakan ketidakpuasan hati mereka kerana tempoh yang terlalu lama diletakkan pihak yang mengendalikan bidaan tersebut.
Telegraph melaporkan bahawa Kumpulan Boehly kini menjadi pendahulu senarai untuk menjadi pemilik baharu Chelsea walaupun mereka tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi tentang perkara itu.
Seterusnya, keluarga Ricketts juga tidak memberikan sebarang komen selepas beberapa gagasan penyokong Chelsea melancarkan kempen menentang pemilikan…