
PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mempersoalkan mengapa ‘titah tambahan’ berkaitan hukuman bekas perdana menteri Najib Razak tidak didedahkan sebelum ini, sekiranya wujud seperti yang didakwa peguam.
“Mengapa perkara ini baru dibangkitkan? Sekiranya wujud bahagian tambahan atau titah adendum bertarikh 29 Jan seperti yang didakwa beliau, mengapa perkara tersebut tidak didedahkan oleh peguam beliau sebelum ini?” kata jawatankuasa pemandu Bersih dalam kenyataan.
Mahkamah Tinggi menetapkan 17 April untuk mendengar permohonan Najib supaya kerajaan mendedahkan suatu ‘titah tambahan’ didakwa dibuat Yang di-Pertuan Agong terdahulu, yang membenarkan bekas perdana menteri itu menjalani hukuman penjaranya menerusi tahanan di rumah.
Najib mendakwa Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengeluarkan titah itu semasa…