Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sekolah di Tanjong Karang gempar pondok pengawal dirempuh lori

today8 November 2024

Background


Keadaan lori selepas merempuh pondok pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang pagi tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Karang di Selangor gempar selepas sebuah lori merempuh pondok pengawal keselamatannya.

Ketua Polis Kuala Selangor, Azaharudin Tajudin, berkata nahas 9.10 pagi tadi itu berlaku di KM60 Jalan Klang-Teluk Intan, depan sekolah berkenaan membabitkan sebuah lori Scania dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra.

“Siasatan awal mendapati pemandu MPV lelaki berusia 36 tahun dalam perjalanan dari Tanjong Karang ke Kuala Selangor.

“Setibanya di lokasi, lori dari arah bertentangan memasuki jalan dan melanggar Naza Citra di lorong kanan. Kenderaan berat itu seterusnya melanggar pondok pengawal,” katanya menurut Berita Harian.

Menurutnya, kedua-dua pemandu kenderaan tidak cedera dan siasatan masih diteruskan mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Terdahulu, tular beberapa gambar menunjukkan kemalangan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post