
GEORGE TOWN: Pihak sekolah dicadang menerapkan elemen ilmiah dan bersifat intelektual dalam menyampaikan mesej kepada pelajar untuk lebih memahami isu sebenar di Palestin.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata penerapan nilai murni penting supaya pelajar tidak diberikan gambaran tidak tepat atau salah tafsir sehingga menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak.
“Pelajar perlu faham isu (Palestin) ini adalah isu global, maka mereka perlu diberi peluang untuk menelaah, meneliti, menulis dan mendedahkan diri dengan bahan media yang menggambarkan situasi sebenar supaya lebih menghayati maksud solidariti dan setiakawan.
“Gambaran tepat juga perlu diberikan betapa dunia perlukan keamanan…Ini menjadi tanggungjawab pendidik untuk mendidik anak-anak mengenai keamanan sejagat, selain aktiviti yang mampu memupuk semangat dan nilai baik,” katanya…