Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sekolah komuniti beri pendidikan asas kepada anak pelarian Rohingya, kata guru

today14 June 2026

Background


pelajar rohingya
Seorang guru kata dia dan seorang lagi ajar bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Seni, dan mengaji Al-Quran di sekolah komunuti kepada anak pelarian Rohingya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Sekolah komuniti bagi pelarian Rohingya di Kedah bertujuan untuk memastikan anak-anak pelarian mendapat pendidikan asas, memandangkan mereka tidak mempunyai akses kepada pendidikan formal, menurut seorang guru.

Guru berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu, menerangkan sekolah berkenaan, di Tongkang Yard di Alor Setar, Kedah mempunyai kira-kira 40 murid, berusia antara enam hingga 12 tahun, dan hanya dua tenaga pengajar.

Katanya, dia dan seorang lagi guru mengajar bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Seni dan mengaji Al-Quran.

“Sekolah ini bertujuan memastikan kanak-kanak ini mendapat pendidikan asas dan tidak menghabiskan masa tanpa aktiviti yang bermanfaat, tidak melepak mana-mana tempat,” katanya, lapor Sinar Harian.

Yuran antara RM100 hingga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post