
PETALING JAYA: Senator Mustafa Musa berpendapat sekolah swasta mahupun antarabangsa tidak harus dilihat sebagai ancaman, tetapi peluang bagi sekolah kebangsaan (SK) meningkatkan kualiti pendidikan dan kebolehpasaran menerusi penjenamaan semula.
Pengurus besar Tabung Amanah Pendidikan Melaka itu berkata, reformasi perlu dilakukan terhadap sistem pentadbiran dan sukatan pelajaran SK yang kadar kemasukan pelajar, khususnya bukan Melayu menunjukkan trend penurunan.
“Mungkin boleh dijenamakan semula dengan memfokuskan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti sekolah vernakular atau swasta, di samping memperkasakan bahasa-bahasa asing. Patut ada asimilasi sebagaimana bahasa Arab ditawarkan.
“Dengan penguasaan pelbagai bahasa, mungkin kebolehpasaran akan menjadi lebih tinggi,” katanya…