
Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad berkata pihak tidak boleh menolak kemasukan pelajar baharu atau mereka yang berpindah kerana masalah disiplin dan yang mempunyai rekod kesihatan fizikal atau mental.
Azam berkata laporan disiplin dan kesihatan yang dibawa oleh pelajar terbabit hanya untuk maklumat pihak sekolah baharu bagi mengambil tindakan sewajarnya dan memberikan pemerhatian khusus kepada murid berkenaan.
“Sekolah baharu tidak boleh menolak kemasukan murid ke sekolah. Pihak sekolah wajib menerima sesiapa sahaja anak-anak kita yang layak.
“Laporan kesihatan itu untuk membantu anak-anak tersebut sekiranya memerlukan rawatan berkala misalnya, maka pastikan tarikh cuti diuruskan dengan sewajarnya,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata.
Katanya, maklumat kesihatan…