Hot FM

Sekolah terlibat kluster Covid-19 di Sabah ditutup serta-merta



Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun, berkata terdapat 10 kluster institusi pendidikan di Sabah sejak 1 Jan sehingga hari ini. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengarahkan semua sekolah yang terlibat dengan kluster Covid-19 ditutup serta-merta, bagi mengekang penularan wabak terutama dalam kalangan pelajar.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, penutupan sekolah dilaksana untuk tempoh dua hingga tiga minggu, tertakluk kepada pengesahan Jabatan Kesihatan Sabah.

“Sesi pembelajaran bagi semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan utama boleh diteruskan, dengan pematuhan SOP yang ketat dalam kalangan pelajar, termasuk guru dan kakitangan institusi pendidikan berkenaan.

“Ini (kluster institusi pendidikan) telah mencetuskan kebimbangan dan menjadi agenda perbincangan Mesyuarat Jemaah Menteri Sabah, yang prihatin dengan laporan trend jangkitan Covid-19 di beberapa sekolah di negeri…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version