

Pemuda Umno Johor menyarankan majikan supaya melaksanakan kerja dari rumah atau waktu kerja fleksibel bagi ibu bapa yang terkesan akibat penutupan sekolah berikutan jerebu.
Ketuanya, Noor Azleen Ambros, berkata ramai ibu bapa dalam dilema kerana diwajibkan hadir ke tempat kerja sedangkan anaka-anak terpaksa ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan.
“Keputusan menutup sekolah demi melindungi kesihatan murid wajar disokong sepenuhnya. Namun, keputusan itu turut meletakkan beban tambahan kepada ibu bapa yang bekerja,” menurut kenyataan.
Azleen berkata pengalaman semasa pandemik Covid-19 membuktikan banyak sektor mampu produktif melalui kerja dari rumah.
“Justeru, pendekatan yang sama wajar dilaksanakan secara sementara bagi membantu keluarga menghadapi situasi ini,” katanya.
Pemuda Umno Johor…