Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sekolah uzur disyor baik pulih masih tiada tindakan selepas 12 tahun, kata PAC

today21 March 2024

Background


Mas Ermieyati Samsudin berkata, kelewatan memproses permohonan projek sekolah daif oleh KPM menyebabkan berlakunya notis perubahan yang menyebabkan kerosakan sedia ada menjadi lebih teruk. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan terdapat bangunan sekolah uzur disyorkan Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak sesuai digunakan yang masih tidak dibaik pulih.

Pengerusinya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, ada bangunan yang disyorkan dibaik pulih sejak 12 tahun lalu, namun masih gagal diambil tindakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).