Kempen Susu Goodday beri peluang kepada masyarakat untuk membuat amal kebajikan di dalam bulan mulia ini mengikut kemampuan masing-masing.
Dalam pada itu, kempen Berkat Sepakat bersama susu Goodday dilihat sebagai usaha besar pihak susu Goodday di bulan Ramadan untuk memberi peluang kepada semua masyarakat supaya sama-sama dapat menyumbang dan berbuat baik di bulan berkat ini.
Bagi mereka yang berminat untuk menyumbangkan masa mereka sebagai sukarelawan dengan memberi dan menderma barangan (pakaian, barangan runcit), atau menyumbang kemahiran seperti potongan rambut, menjahit, boleh mendaftar sebagai sukarelawan menerusi pautan ini.
Kempen Goodday Berkat Sepakat akan diadakan dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang di lokasi dan tarikh berikut di seluruh Malaysia:
Sabtu, 9 April 2022 : Dewan Seksyen 7, Kota Damansara, Selangor
Sabtu, 16 April 2022 : Dewan Serbaguna Kundang Ulu, Johor
Sabtu, 23 April 2022 : Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, Kelantan