Pelakon, Puteri Sarah Liyana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada Isnin dengan penuh rasa kesyukuran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Liyana Akui Normal Golongan Ibu ‘Burnout’ – ‘Hari Ini Hari Saya’
‘Syukur sepanjang tahun ini’

Bersempena hari istimewa itu, Sarah menitipkan sebuah nukilan buat dirinya sendiri dengan meluahkan syukur terhadap segala nikmat dan peluang yang telah membentuk dirinya sepanjang tahun 2025.
Selamat hari lahir kepada diri sendiri. Saya bersyukur atas setiap peluang yang telah membantu saya berkembang sepanjang tahun ini.
Saya juga berterima kasih atas setiap pintu yang tertutup, kerana itu bukan jalan yang terbaik untuk saya.
Sarah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram bersama foto dan video sambutan hari lahirnya yang diadakan di sebuah restoran, ditemani dua cahaya matanya serta rakan rapat, Andi Arsyil.
Dalam nukilan sama, Sarah berharap agar tahun baharu membawa lebih ketenangan dan ruang untuk…