Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Selamat Jalan… Laudya Cynthia Bella Tinggalkan Dunia Seni

today5 August 2022

Background

Pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella sebelum ini hangat diperkatakan sudah berkahwin dengan kerabat raja di Dubai.

Kali ini Laudya mengejutkan peminat dengan pengumumannya yang mahu bersara daripada dunia seni.

Memetik laporan Liputan 6, dia sudah lama memasang niat untuk bersara daripada karier seninya dan memohon peminat mendoakan agar terus berjaya dalam kehidupan.

“Doakan semoga saya istiqomah ya. InsyaAllah tak ada filem lagi. Kali terakhir saya berlakon adalah filem Buya Hamka.

“Memang saya dah pasang niat tapi dah nama pun manusia pasti lemah. Semoga Allah SWT membantu,” katanya.

Pelakon filem Syurga Yang Tidak Dirindukan turut berkata banyak perkara yang perlu dipelajarinya untuk berjaya di dunia dan akhirat.

“Saya nak kejayaan saya bukan di dunia sahaja tapi di akhirat juga. Masih banyak yang perlu saya lalui dan pelajari terutamanya dengan status saya sekarang ni,” ujarnya.

Sumber: Liputan 6

Written by: Aqilah


Previous post