Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Selamatkan Aku, Ya Allah” – Jadi Menantu DSV? Respons Anak Bujang Aliff Syukri Cuit Hati Ramai

today4 July 2025

Background

Reaksi spontan dan bersahaja anak sulung usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan sejak kebelakangan ini semakin hangat menjadi tumpuan ramai.

Menerusi siaran langsung tular di platform Threads, Ammar ketika itu baru menonton video usahawan, Datuk Seri Vida (DSV) yang bertanya sekiranya dia menyukai anak perempuannya, Cik B.

DSV bertanya demikian ekoran tindakan Ammar yang mengetahui keberadaan Cik B yang ketika itu tidak dapat hadir ke majlis sambutan ulang tahunnya.

Namun begitu, netizen terhibur melihat respons spontan Ammar yang terus beristighfar dan meminta dirinya diselamatkan selepas menonton video DSV itu.

“Astarghfirullahalazim.. Selamatkan aku,” katanya bersahaja.

 

View on Threads

 

Written by: Aqilah


Previous post