Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Selamba Bawa Cermin Sisi Motosikal Ke Sekolah, Gelagat ‘Rare’ Murid Ini Buat Netizen Terhibur

today26 July 2022

Background

Sebut sahaja zaman persekolahan, pastinya ramai perempuan dapat ‘relate’ membawa bedak compact, cermin dan sebagainya ketika sesi persekolahan untuk kelihatan cantik.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @farezferrer yang dipercayai seorang guru telah berkongsi sebuah video memaparkan seorang muridnya membawa cermin sisi motosikal ke sekolah.

@farezferrer

Tak rampas eh saje curious🥹 samalah sy sekolah dulu pun mesti bawa cermin tapi jangan kerap tgk tak elok 😛 #beranda #fyp #foryoupage #berandatiktok #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Zirashafa – Zirashafa

Menerusi video tersebut, cermin sisi motosikal itu dilihat disimpan dalam bekas menyimpan alat tulis dan guru tersebut berasa pelik kenapa anak muridnya membawa cermin sisi motosikal serta tidak merampas cermin itu. Menurutnya, berdekatan kelas juga terdapat cermin besar dan boleh digunakan oleh murid-murid sekolah tersebut.

Perkongsian terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur kerana pelajar itu membawa cermin sisi motosikal bukanlah cermin biasa. Malah, para netizen meminta guru tersebut belanja pelajar itu cermin yang lebih cantik.

Malah, ada juga netizen yang tertanya-tanya cermin sisi motosikal siapa yang dibawa oleh pelajar terbabit. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 2 juta tontonan dan mendapat 200 ribu tanda suka.

Written by: Mimieyuzi


Previous post