Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Selamba Je Misha Omar Busking Spontan di Restoran Nasi Ayam!

today28 March 2019

Background
Penyanyi Misha Omar dengan spontan menyanyi di sebuah restoran di Ampang petang semalam, ketika sedang menjamu selera bersama suaminya.
Semuanya, gara gara seorang busker yang dikenali sebagai Aji sedang membuat persembahan busking di sana, sekaligus membuatkan Misha turut terjebak.


https://www.instagram.com/p/BvgJzpvAYkF/?utm_source=ig_web_copy_link

Misha yang kelihatan sempoi mengenakan t-shirt dan berseluar jeans tanpa segan silu berduet dengan Aji, menyanyikan lagu Hetty Koes Endang berjudul Kasih.
Aksi selamba Misha menarik perhatian semua pengunjung restoran itu.

https://www.instagram.com/p/BvgN2ZjgFb6/?utm_source=ig_web_copy_link

Aji atau nama instagramnya aji_kolumpo merupakan abang kepada salah seorang peserta Mentor, Pasya, dan turut dikenali dalam band Aji and The Maulana menerusi program Senang Terhibur.

https://www.instagram.com/p/BuGBFJ8Bqob/?utm_source=ig_web_copy_link

Aji juga merupakan seorang busker, yang turut membuat persembahan di majlis-majlis keramaian.
Sempoi lah Misha dan Aji!

Written by: Jay


Previous post