Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Selangor cadang baju batik dibenar ketika sidang DUN

today1 December 2022

Background



Menteri Besar, Selangor Amirudin Shari (dua dari kiri) di pelancaran Batik Selangor hari ini. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bercadang untuk membenarkan pemakaian Batik Selangor bermotifkan bunga tanjung dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang dilaksanakan di peringkat Parlimen.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata ia antara usaha mempromosikan Batik Selangor dengan menampilkan rekaan bermotifkan corak bunga tanjung yang menjadi identiti negeri itu.

Menurutnya, baju batik itu akan dipakai barisan exco, ADUN dan penjawat awam negeri bermula esok.

“Ini juga mungkin dipakai pada waktu-waktu tertentu seperti dalam sidang DUN seperti di Parlimen, tetapi DUN masih lagi tidak menukar peraturan.

“Jadi kalau kita tukar peraturan untuk benarkan penggunaan batik, maknanya kita boleh gunakan pakaian tersebut,” katanya selepas Majlis Pelancaran Batik Selangor untuk penjawat awam, di sini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post