Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Selangor Cadang Kuat Kuasa ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ Setiap Jumaat Hingga Ahad Tahun Depan

today27 November 2024

Background


Dalam pada itu, pengguna akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik dan wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar.

Dengan inisiatif ini, Selangor terus menerajui usaha pemuliharaan alam sekitar di Malaysia. Pelanjutan larangan ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dan tindakan alam sekitar yang lebih besar dalam kalangan perniagaan dan pengguna, sekali gus membuka jalan ke arah masa depan yang lebih hijau.

Untuk rekod, sebanyak 86,449 tan metrik sampah dikutip di Sungai Klang melalui projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) menggunakan mesin pengutip sampah Interceptor 005 sejak 2016.

Daripada jumlah itu, 49 peratus sampah organik manakala daripada 51 peratus sampah bukan organik, 80 peratus adalah plastik.

Malah, Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA) juga menganggarkan kira-kira sembilan bilion beg plastik digunakan oleh penduduk negara ini saban tahun.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan