Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Aksi Liga Super 2022 diantara Selangor menentang Sri Pahang di Petaling Jaya malam ini dijangka menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan apatah lagi kedua-dua pasukan kini terdesak untuk memburu tiga penuh bagi memperbaiki kedudukan masing-masing.
Tok Gajah hadir dengan keyakinan tinggi setelah berjaya melakar kemenangan sulung musim ini dengan menewaskan Penang 3-1 minggu lalu.
Namun, ketua jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel mahu pemainnya berwaspada terhadap ancaman Selangor yang pastinya mahu bangkit setelah tewas buat pertama kali kepada Terengganu.
“Kemenangan ke atas Penang meredakan tekanan tetapi ia sudah menjadi satu sejarah, kita kini perlu melihat ke depan, perbaiki apa yang patut untuk pastikan momentum kemenangan dapat diteruskan.
“Selangor sentiasa menjadi pasukan yang liat dan sukar untuk kita tewaskan, dibarisi pemain-pemain berkualiti dan mereka…