
KUALA SELANGOR: Menjadi suatu kerugian buat negeri Selangor, yang menjadi antara nadi ekonomi negara dengan menyumbang antara 25.5% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun lepas, tidak berada di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan selepas PRN, 12 Ogos ini.
Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, berkata dengan pelaburan luar yang besar, Selangor muncul negeri paling utama membantu rakyat Malaysia mengubah kehidupan, dengan menawarkan peluang pekerjaan tinggi.
“Maka, rugilah jika Selangor tidak dapat kita kekalkan sebagai sebuah negeri di bawah kerajaan perpaduan yang berteraskan Malaysia Madani,” katanya ketika berucap pada Majlis Doa Selamat sempena Bulan Kemerdekaan dan Kesejahteraan Madani, semalam.
Dalam pada itu, Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata penyatuan gabungan parti dalam…