
PETALING JAYA: Kerajaan Selangor tidak menyorok sebarang maklumat tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang meragut 31 nyawa dua tahun lalu, kata Menteri Besar, Amirudin Shari.
Menurutnya, laporan kejadian itu disediakan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa lain, bukannya kerajaan negeri.
“Jika mangsa rasa ada kes, mereka bebas mengambil tindakan (perundangan), tetapi kerajaan negeri berpandukan laporan yang dikemukakan kepada mereka untuk disemak.
“Laporan menyebut kejadian itu disebabkan tindakan semula jadi (bencana alam) yang di luar kawalan kerajaan negeri,” katanya menurut Sinar Harian selepas Program Rewang Komuniti Strata Selangor di Pangsapuri Baiduri Bandar Tasik Kesuma, Kajang.
Beliau berkata, kerajaan negeri meminta bahagian perundangan merujuk dan melihat isu itu secara…